Spam Unlimited = Inbox Limited

Posted in Cintaku

Salam dan selamat tahun baru semua, artikel saya kali ini ingin menyentuh isu spam yang mungkin sudah menjadi2 di kalangan rakyat malaysia, amat menyedihkan kerana bukan sedikit tetapi ramai rakan2 di luar sana yang mengamalkan aktiviti kurang sihat kerana terpaksa bercengkang mata di depan komputer untuk mengumpul senarai email yang mereka dapat dengan cara yang tidak betul. Bagi saya spam ini sangat menggeramkan kerana akibat perbuatan mereka ini, inbox email saya penuh dengan spam2 yang semua menawarkan perkhidmatan dan duit yang cepat..Hinggakan ada yang menghalalkan cara untuk mendapatkan wang.

Melalui pengalaman saya, ada satu ketika saya mendapat satu emel daripada saudara xx, dia kononnya menawarkan perkhidmatan duit cepat dan memberikan link “KLIK SINI”, namun untuk mengelakkan saya ter”beri” bantuan kepada orang macam ni, saya hanya gerakkan cursor tetikus ke link tersebut, dan sungguh mengecewakan link yang saudara xx bagi ini adalah link dia dalam sistem program “klik dapat duit”, so bila kita klik link yang saudara xx ni bagi, secara automatiknya, dia dapat duit, tentunya dia gembira menipu orang, kalaulah dia dapat seribu emel secara haram dan menghantarkan emel yang sama seperti yang saya ceritakan, dan setiap klik dia dapat RM0.30, korang darab la sendiri..buakn nak kacau periuk nasi korang, ricecooker ka..tapi tolong jangan spam aku,,buat lambat baca emel ja..so buat yang terasa la dan pernah buat macam ni, tolong tengok list email korang..kalau ada email aku (ajampeace[at]gmail[dot]com), tolong removekan..kalau aku hilang sabar, jangan salahkan kalau aku paparkan alamat email korang..

VN:F [1.8.2_1042]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.2_1042]
Rating: +1 (from 1 vote)
Related Posts with Thumbnails
Posted by admin   @   3 January 2010
Click Here! Dapatkan duit percuma dengan pendaftaran percuma!
 

0 Comments

No comments yet. Be the first to leave a comment !
Leave a Comment

CommentLuv Enabled
Previous Post
«
Next Post
»
BloG Anak Sabah   |   Lunated direka oleh ZenVerse|   ajampeace di bantu oleh uncle lazaac

Submit your linkClose