Nukilan Cintaku

Posted in Cintaku

Entri edisi awal pagi ini mengenai dua buah puisi atau sajak..terpulang korang nk cakap apa..puisi atau sajak ini seratus peratus tulen, hasil ciptaan atau nukilan orang yang istimewa dalam hidupku..hehe..

Karya teragung?

Itulah lukisan hidup yang terpilih

Sebati dengan warnanya

Seimbang dengan kejadian

Terlihat di dalamnya kehalusan

Tanda sentuhan yang mulus

Dan itulah seni yang dibanggakan

Atas kemegahan yang hakiki

Siapa yang mampu melawan arus?

Namun mengapa masih ada kewujudan

Yang hidup berpura-pura tidak tahu?

Itulah mereka yang cuba menidakkan

Sedangkan seni itu diyakini

Pada deria yang memahami..

Cubalah capaikan akal

Pada tingkat hari-hari yang menentu

Akan gambaran di hari muka

Sapa2 nk komen, komen ja la..bukan aku yang tulis pon..hehehe..jgn ciplak suda..aku sumpah jadi iphone..sapa nk ciplak, sila bg kredit kat kitaorang..hehehe..ni pla yang k2..

Seringkali terdengar bisikkan ayat-ayat perli

Yang menuntut babak-babak keresahan

Dalam dimensi perjalanan hidup yang masih samar

Kadangkala terlihat satu kerdipan

Walau jauh tidak tergapai

Namun ada bayangan impian yang sudah dalam genggaman

Yang menanti saat pencapaian

Pernah dulu terjentik naluri

Tatkala kejadian berlegar di ruang pandangan

Sedang yang lainnya tidak menyedari

Betapa pengalaman mendalami lubuk hati

Walau tiada patah kata lahir dari bibir

Ia terjadi jua membelenggu arus peristiwa

Dan sejarah itu termatub

Dikisahkan turun temurun

Sedang takdir mentadbir bara-bara linkungan kefahaman

Maaf, xdapat nk bagi tajuk..hehehe..sapa2 nk ciplak dengan syarat,korang buatlah tajuk sendiri..

VN:F [1.8.2_1042]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.2_1042]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts with Thumbnails
Posted by admin   @   20 December 2009
Click Here! Dapatkan duit percuma dengan pendaftaran percuma!
 

2 Comments

Comments
Dec 21, 2009
11:49 am
#1 Maya :

menarik nukilannye..hehehe

UN:F [1.8.2_1042]
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
UN:F [1.8.2_1042]
Rating: 0 (from 0 votes)
Dec 24, 2009
10:55 pm
#2 etuza :

salam, best juga santai di laman anak sabah ni,banner macamana tu, hehe! etuza kurang faham. Saya nak juga banner lagi cantik kalau u buat. Harap2 masih sudi buatkan.

UN:F [1.8.2_1042]
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
UN:F [1.8.2_1042]
Rating: 0 (from 0 votes)
Leave a Comment

CommentLuv Enabled
Previous Post
«
Next Post
»
BloG Anak Sabah   |   Lunated direka oleh ZenVerse|   ajampeace di bantu oleh uncle lazaac

Submit your linkClose