Setelah lama menyepi dari ber’blogging, saya dengan rasa bosannya menulis satu cerita berkaitan dengan pengalaman ketika pi pekan keningau yang tercinta..dari kampung bayangan yang terindah..amat terasa kehangatan sang matahari yang memancarkan sinarnya..tapi itu semua tiada kaitan dengan tajuk yang tertera..wow..cantek ayat..hahahaha…
Saya sakit hati bukanla kerna dikecewakan..tapi saya sakit hati dengan seseorang yang duduk di kaki lima sambil berdakyah..orang ni mencabar keimanan dan kesabaran yang saya ada..da la berdakyah..pastu memburukkan lagi agama orang lain..kalau tertangkap..konfem masuk ISA..xpandai hormat agama orang lain..nak kol pihak tertentu..tp cutikan hari ni..terlintas juga nak kol polis..tapi takut xsempat kol,pendakyah da lari..hari nila paling sakit hati cz masih ada lagi orang yang nk mempermainkan agama, orang macam ni la yang akan menggugat keharmonian negara..
Saya da janji kat diri sendiri, kalau saya berpeluang jumpa orang ru..saya sendiri akan heret ke balai polis..nway..kalau u all nampak kejadian macam ni..cepat2 la bertindak..untuk kebahagian bersama…
Salam perpaduan buat semua…setelah menyepi beberapa hari ni, saya ada citer baru yang nak dikongsi buat semua di luar sana…sebelum itu, saya ingin mengutuk keras tindakan blogger yang mencetuskan kemarahan baru2 ini, ini amat memalukan buat semua blogger2 di Malaysia…
Cerita saya pada petang yang mulai ni cukup ringkas berkaitan isu halal dan haram. walaupun suda ada _____ yang mengatakan itu haram dan yang ini halal, namun masih ada yang konfius terhadap hukum itu. Rasanya tidak perlulah saya mendefinisikan meaning of halal dan haram…gambar dibawah cukup jelas untuk menyatakan masih ada segelintir yang keliru tentang hukum haram atau halal..
Apa korang sana rasa??Kepala babi tepi tu cakap halal..huhuhu..pastu bawah tulisan halal tu ada HJ.(Haji kot)hehehe..
P/S: cepat komen..jgn lupa lapor kat JAKIM..hehehe
Salam 1Malaysia, tapi tidak bermakna saya menyokong sepenuhnya moto PM kita. Ini kerana terdapat banyak keraguan dan kemusykilan dalam pemerintahan beliau..hahaha..jadi pemerhati politik pula..hahahaa..Entri kali ni pula tidak menyentuh soal kerajaan atau kenegaraan seperti isu panas berkaitan BTN. Jadi pada pagi yang mulia ni, saya ingin berceritakan tentang istilah kirim salam..
Bagi saya istilah kirim salam ini bukanlah satu benda yang buruk atau baru, penggunaan istilah ini bertujuan untuk menyampaikan salam kepada orang yang jauh. Contohnya, Pak B ada kenduri kawin dan menjemput Mak C, tetapi Mak C mempunyai kerja yang sukar dilepaskan lalu meminta anaknya untuk mewakili dirinya ke majlis Pak B, dan sebelum anak Mak C beredar, Mak C memesan kepada anaknya untuk menyampaikan salam kepada Pak B. Jelas tak contoh yang saya beri..hahaha..kali pertama pula cerita mcm ni..mcm buat esei la pula..Namun istilah kirim salam juga sering digunakan untuk berkenalan dengan seseorang. Ini sering terjadi di kalangan remaja dan belia..iyalakan, tak kan pak sudin yang berumur 70 tahun pun nk berkirim salam dengan tujuan berkenalan..agak2 lah pak sudin..maap ya pak sudin..
Melalui pengalaman saya pula, hanya sekali perempuan mengirimkan salam. itupun melalui resit..hahaha..rasanya aku terlalu hensem kot..wakakaka..perasaan..tp memang betul..hehehehe..pengalaman ini saya dapat ketika membeli dua set nasi ayam KFC, pastu supervisornya keluar dan senyum, namun senyumannya tak dibalas..hahaha..pastu dia tekan something kat mesin kira2 tu sambil di lihat oleh dua pekerja bawahannya yang senyum2 melihat tingkahlaku ketuanya itu..Selepas beredar daripada KFC tu, saya tak lihat lagi resitnya..sampai kat bilik, sekali tengok resitnya..korang perhatikan kat screenshot kat bawah…
Mungkin aku perasaan hensem kot, tapi jarang tau..hehehe..nway..thanks to supervisor..lain kali kalau saya datang lagi..bagi ar murah ckit..
P/S: Pecah kaca oleh ultramen, lepas baca..tinggalkanlah komen..hehe..
Pada beberapa hari lepas, saya ada dapat email dari seorang saudara yang sangat baik kerana berkongsikan maklumat untuk mendapatkan wang dengan pantas..saya sangat teruja kerana boleh mendapatkan duit pantas..so bolehlah langsai pinjaman PTPTN ni..huhu lega..tp seperti biasa, saya akan refer to wangcyber kerana situ boleh dapat mcm2 berkenaan program2 sal duit and anything..mmg best wang cyber..hehe..promote gitu..so saya dapat tau program buatduitinternet.com ni ada tipu orang sikit2 dan mungkin banyak da yg dia kumpau..(tipu juga)..pastu ada terbaca thread yang admin program tu xnak refund duit, siap mara lagi tu..of course IM yang tidak beretika,,tp bukan semua IM mcm ni..ada yang sangat baik..mcm raja kamil..zamrin..dua ni rapat ckit..thanks both of you..ok kembali cerita sal..pastu baca thread sal program yang saya sebut td..saya pegi ruangan tiket kat program tu dan hantar mcm ni..”Salam..cara buat duit lapuk lah ko ni..huhuhu..baik tutup ja biz ko ni..tipu orng guna ayat2 hype..“..pastu xlama mcm tu..dia balas..baik betul admin ni jwb..korang tengok screenshot kat bawah..
Apa korang fikir..patutka IM mcm dia ni dihormati..xmungkin..bukan nak hancurkan periuk nasi dia..tp jangan lah ciplak orang..
p/s: so buat rakan sana yang jumpa program sebegini, sila refer kat wangcyber..thanks 4 information..sila tinggalkan komen anda..
Rasanya da seminggu saya tak tulis entri terbaru..hari ni baru ada cerita panas ckit..sebelum tu, izinkan saya meluahkan perasaan atas sikap pemain chelsea yang kurang memuaskan pada perlawanan sebentar td..sungguh mengecewakan..Tapi hari ini juga saya dapat tau yang saya dapat kawin juga akhirnya dengan modal yang rendah..setelah dirujuk ke pusat agama islam, mereka memperakuinya..but jangan salah faham pula..bukan terlanjur ya..hehehe..dengan duit sebanyak rm5000, saya da boleh kawin dengan mudah..bukan kawin kontrak, but kawin without kontrak..so, xda masalah selepas ni, nanti bila aku da cetak kad kawin, korang suma mesti datang, kalau korang xnak datang, aku jemput orang lain. So korang mesti datang..hehehe..

Pasal ni lah saya ckp boleh kawin dengan mudah..xdala nk kawin sekarang..baru saya tau ada gak agensi mcm ni, huhuhu..xbaik punya orang..senang2 nk kawinkan orang..mesti nk duit ni kn..dan satu lagi..xmeriahlah kawin sembunyi2..apa kes..so, aku nak nasihatkan buat sapa2 yang nk sangat kawin tu, buatlah dengan persetujuan ibubapa..jangan main kawin koboi..nanti xberkat..kawin tu wajib/sunat/makruh/haram..mengikut syarat tertentu..so kawinlah dengan cara yang betul..
p/s; kawinlah kamu sebelum kamu dikawinkan..hahaha..
thanks to tuan empunya blog cz ada gambar yg aku pinjam tuk thumbnail..
Dalam kesibukan pemimpin2 negara berbincang tentang isu pemanasan global, terselit satu berita yang hangat diperkatakan oleh media massa. Ini berkaitan dengan seorang MP dari Sabah yang kononnya akan berkahwin dengan seorang pelakon dalam masa terdekat ni, tapi tak taula pula kalau da kawin..
MP yang diperkatakan itu adalah Datuk Bung Mokhtar dan pelakon itu pula ialah Zizie. Semoga Datuk bahagia mendirikan rumah tangga dan dimurahi rezeki. Teruskan tanggungjawab Datuk terhadap rakyat. Hadiah saya untuk Datuk..

“SELAMAT PENGANTIN BARU”
Saya juga ingin menambah sedikit, saya rasa isu pemanasan global tidak akan berjaya diatasi kerana manusia kini sibuk mencari kemewahan hidup dan sanggup melakukan pelbagai kerosakan terhadap muka bumi kita. Saya juga sangat bersetuju bahawa negara maju berhutang besar terhadap negara miskin dan sedang membangun. Semoga wang yang diberi oleh negara maju akan digunakan untuk membuat satu lagi bumi..hehehe..sebanyak mana wang yang mereka laburkan, tidak dapat mengembalikan kesejukan masa silam. Sapa2 setuju angkat tangan..
Entri kali ini akan menyentuh berkenaan beberapa kod rahsia yang diperolehi daripada beberapa sumber yang tidak dapat dikenalpasti dan disenaraikan untuk mengelak apa2 masalah yang akan berlaku kelak..Entri kali ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat tidak kira agama yang dianuti. Ini kerana, Malaysia mengamalkan sistem bebas beragama tetapi agama islam menjadi agama rasmi. So, dipendekkan cerita, kod di bawah menunjukkan kod yang dikenalpasti mengandungi bahan yang diperolehi daripada binatang yang haram sama sekali dalam agama islam. Binatang tersebut merujuk kepada khinzir atau sabahan panggil babi atau wogok. So, sama2 la kita tgk kod di bawah..
Sila sebarkan kepada umum bagi mengelak sebarang masalah berlaku pada masa akan datang. Kod ini boleh diprint semula untuk kegunaan sendiri. Jangan Cuai memilih makanan, sila rujuk bahan2 yang digunakan, sekiranya terdapat bahan yang mempunyai kod di atas, sila berhati2 dgn produk tersebut..
